Thursday 27 March 2014

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah


Kenali Kolesterol 
Bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperolehi daripada pemakanan dan pengeluaran hati 

Pilihan 1
Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit boleh menyedut lemak dan kolesterol dalam darah.

Pilihan 2
Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan kesemua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.

Pilihan 3
Makan buah kering seperti limau kering yang banyak mengandungi flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

Pilihan 4
Makan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana epal mengandungi phytonutrient yang bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Kisarkan buah epal dan jadikan jus.

Pilihan 5
Ikan tuna merupakan sumber asid lemak omega-3 yang baik untuk melindungi tubuh daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Pilihan 6
Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Disarankan supaya makan setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada tubuh. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Ambil sebijik waktu pagi ataupun tengahari dan sebijik sebelah pagi ataupun malam.

Pilihan 7
Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Kandungan kolesterol yang sangat rendah.

Pilihan 8
Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik dan membantu mengelakkan diri daripada terkena serangan jantung.

Pilihan 9
Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia mampu menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.

Pilihan 10
Kuaci tawar, kuaci labu dan kuaci bunga matahari membantu menambah zat besi. Meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat dan menghadkan kolesterol lemak baik.

Pilihan 11
Buah mangga mengandungi vitamin C boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.

Pilihan 12
Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.

Pilihan 13
Mengamalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu. Anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

Pilihan 14
Pilih diet keseluruhannya rendah lemak kerana pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan diluar memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.

Pilihan 15
Makan lebih kanji kerana lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Antioksidan dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Pilihan 16
Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Bermakna perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi kalori, berat badan dan obesiti. Sangat baik untuk jantung anda.

Pilihan 17
Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Mampu mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah dan mengurangkan stres.




No comments:

Post a Comment