Tuesday 18 March 2014

Minum Banyak Air Untuk Menjaga Buah Pinggang Anda

Assalamualaikum & Selamat Pagi Rabu =) 

Harini kita baca pasal buah pinggang pulak. Ramai orang cakap kita kena minum air putih banyak sekurang²nya 2-3Liter sehari. Xpa.. minum la.. bagus! cuci buang pinggang katanya bila kita asyik ulang alik ke bilik temenung.. kadang tu rasa segan jugak. Asyik muka kita je.. dah macam regular customer kan hihiii jOm la kita sama² baca & faham apakah Tanda² Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegah. Semoga bermanfaat buat semua.. 


Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat walaupon bertahun² tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga yang mengganggap mereka tidak akan berhadapan dengan masalah kesihatan sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko yang sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan yang selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang untuk menjalanai pemeriksaan kesihatan walaupon ia diberikan secara percuma. 

Sikap sebegini juga menyebabkan segelintir antara kita yang tidak dapat menerima hakikat apabila mengetahui bahawa mereka sebenarnya menghidap sesuatu penyakit yang serius kerana tidak ada sebarang gejala ataupon tanda² awal.

Namun, itulah sebenarnya sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya dirasai apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun² sebelum menunjukkan kesan terhadap kesihatan seseorang itu. Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati² dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda² awal seperti : 

Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
Darah keluar bersama² air kencing.
Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
Sakit belakang.
Kerap buang air kecil terutama pada tengah malam.
Bengkak pada pergelangan kaki.
Sembab pada keliling mata yang berlarutan terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap normal dan sering tidak ambil peduli sedangkan ia adalah petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur. Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru melibatkan kegagalan buang pinggang dilaporkan dan kes baru dikalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 25%.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan fungi buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal hingga mencecah RM300k!

Justeru itu, perkara terbaik adalah dengan menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa hanya beberapa minit sahaja.

Selain dua ujian mudah ini, terdapat beberapa kaedah lain boleh digunakan iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak dari menanggung kos perubatan yang tinggi adalah dengan kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Setiap orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi kerana mereka adalah berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah untuk tempoh sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh menjurus kepada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004, mendapati penduduk di Kelantan adalah penghidap kencing manis paling ramai iaitu 78,000 orang dan kebanyakannya berusia 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda  sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat adalah masih belum terlambat untuk mengubahnya. Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang²nya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan :

Pemakanan seimbang 
Minum sekurang²nya 2Liter sehari 
Berhenti merokok 
Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. 
* PALING PENTING elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan 
Kekalkan berat badan seimbang 
Bersenam setiap hari sekurang²nya 30 minit  

Bila badan sihat senang nak beribadat kan.. =)

*sumber macam2ada (TQ)


No comments:

Post a Comment