Thursday 27 March 2014

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah


Kenali Kolesterol 
Bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperolehi daripada pemakanan dan pengeluaran hati 

Pilihan 1
Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit boleh menyedut lemak dan kolesterol dalam darah.

Pilihan 2
Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan kesemua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.

Pilihan 3
Makan buah kering seperti limau kering yang banyak mengandungi flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

Pilihan 4
Makan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana epal mengandungi phytonutrient yang bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Kisarkan buah epal dan jadikan jus.

Pilihan 5
Ikan tuna merupakan sumber asid lemak omega-3 yang baik untuk melindungi tubuh daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Pilihan 6
Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Disarankan supaya makan setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada tubuh. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Ambil sebijik waktu pagi ataupun tengahari dan sebijik sebelah pagi ataupun malam.

Pilihan 7
Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Kandungan kolesterol yang sangat rendah.

Pilihan 8
Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik dan membantu mengelakkan diri daripada terkena serangan jantung.

Pilihan 9
Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia mampu menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.

Pilihan 10
Kuaci tawar, kuaci labu dan kuaci bunga matahari membantu menambah zat besi. Meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat dan menghadkan kolesterol lemak baik.

Pilihan 11
Buah mangga mengandungi vitamin C boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.

Pilihan 12
Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.

Pilihan 13
Mengamalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu. Anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

Pilihan 14
Pilih diet keseluruhannya rendah lemak kerana pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan diluar memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.

Pilihan 15
Makan lebih kanji kerana lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Antioksidan dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Pilihan 16
Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Bermakna perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi kalori, berat badan dan obesiti. Sangat baik untuk jantung anda.

Pilihan 17
Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Mampu mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah dan mengurangkan stres.




Monday 24 March 2014

5 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki.



Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan paling penting adalah murah. Jimat katanya =) Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan² yang baik untuk kesihatan kaum yang bernama LELAKI. 

1- Tomato @ Sos Tomato
Lelaki yang banyak makan tomato ataupon sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang telah banyak meragut nyawa lelaki. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2-4x dalam seminggu mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

2- Tiram
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari. Zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia boleh mendatangkan risiko. Menurut kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.

3- Brokoli
Hasil kajian di Harvard mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Keberkesanan 2-3x ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki dan mendapari bahawa mereka yang makan 5 hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

4- Peanut Butter
Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita. Akan tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

5- Tembikai
Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini kerana ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

"Mencegah itu lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan rancang menu diet yang betul mampu menjamin kesihatan sepanjang hayat". 

Sumber : http://penpatah.blogspot.com/





Wednesday 19 March 2014

Teh Panas & Teh Ais : Bahaya Untuk Kesihatan?

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari!

Dah tenghari kan... arrghhh perOt pon dah start dangdut... dut dutt =) lapOr la tu.. panas pulak kat luar tu.. kalu minum teh ais pon sOdap nih.. ilang dahaga. Dah la sejuk.. maneh plak tu ngeh3x secawan x cukup nih... gila x minum! Teh Ais nih febret kita taw.. huhuhu

Teh Panas atau Teh Ais yang jadi pilihan? Ha.. mungkin ramai yang tak taw minuman ruji rakyat di Malaysia ini sebenarnya masing² mempunyai keburukan bergantung kepada cara pengambilan.


Bahaya Teh Panas

Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong.

Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaannya minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sihat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama iaitu di negeri Golestan di Iran Utara. Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupon jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.

Bahaya Minum Teh Ais 

Teh Ais semestinya memang menjadi kegemaran ramai dan mudah mendapatkannya sama ada di warung tepi jalan hingga restoren mewah pon turut menyediakan Teh Ais sebagai salah satu menu minumannya.

Tetapi, tahukah anda di sebalik nikmat kesedapannya yang tidak terhingga itu teh ais sebenarnya berpotensi tinggi membahayakan kesihatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine ada mengatakan bahawasa nya pengambilan teh ais secara berlebihan amat berisiko menghidap penyakit batu karang.

Teh Ais mengandungi oksalat yang tinggi iaitu salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. "Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, Teh Ais merupakan minuman berbahaya", Dr. John Milner (Pembantu Profesor Department Urologi.

Disebabkan itu, Milner menyarankan agar menggantikan pengambilan Teh Ais dengan air putih ataupon mencampurkan dengan lemon. Lemon kaya dengan kandungan asid sitrik dan ianya dapat menghalang pertumbuhan batu karang.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral yang tidak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing. 

Ha.. bukan tak boleh minum langsung taw kawan² tetapi pandai²lah mengawal dan menghadkan cara kita mengambil minuman tersebut.




Tuesday 18 March 2014

Minum Banyak Air Untuk Menjaga Buah Pinggang Anda

Assalamualaikum & Selamat Pagi Rabu =) 

Harini kita baca pasal buah pinggang pulak. Ramai orang cakap kita kena minum air putih banyak sekurang²nya 2-3Liter sehari. Xpa.. minum la.. bagus! cuci buang pinggang katanya bila kita asyik ulang alik ke bilik temenung.. kadang tu rasa segan jugak. Asyik muka kita je.. dah macam regular customer kan hihiii jOm la kita sama² baca & faham apakah Tanda² Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegah. Semoga bermanfaat buat semua.. 


Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat walaupon bertahun² tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga yang mengganggap mereka tidak akan berhadapan dengan masalah kesihatan sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko yang sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan yang selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang untuk menjalanai pemeriksaan kesihatan walaupon ia diberikan secara percuma. 

Sikap sebegini juga menyebabkan segelintir antara kita yang tidak dapat menerima hakikat apabila mengetahui bahawa mereka sebenarnya menghidap sesuatu penyakit yang serius kerana tidak ada sebarang gejala ataupon tanda² awal.

Namun, itulah sebenarnya sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya dirasai apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun² sebelum menunjukkan kesan terhadap kesihatan seseorang itu. Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati² dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda² awal seperti : 

Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
Darah keluar bersama² air kencing.
Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
Sakit belakang.
Kerap buang air kecil terutama pada tengah malam.
Bengkak pada pergelangan kaki.
Sembab pada keliling mata yang berlarutan terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap normal dan sering tidak ambil peduli sedangkan ia adalah petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur. Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru melibatkan kegagalan buang pinggang dilaporkan dan kes baru dikalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 25%.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan fungi buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal hingga mencecah RM300k!

Justeru itu, perkara terbaik adalah dengan menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa hanya beberapa minit sahaja.

Selain dua ujian mudah ini, terdapat beberapa kaedah lain boleh digunakan iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak dari menanggung kos perubatan yang tinggi adalah dengan kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Setiap orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi kerana mereka adalah berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah untuk tempoh sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh menjurus kepada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004, mendapati penduduk di Kelantan adalah penghidap kencing manis paling ramai iaitu 78,000 orang dan kebanyakannya berusia 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda  sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat adalah masih belum terlambat untuk mengubahnya. Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang²nya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan :

Pemakanan seimbang 
Minum sekurang²nya 2Liter sehari 
Berhenti merokok 
Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. 
* PALING PENTING elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan 
Kekalkan berat badan seimbang 
Bersenam setiap hari sekurang²nya 30 minit  

Bila badan sihat senang nak beribadat kan.. =)

*sumber macam2ada (TQ)


4 Minuman Mampu Melangsingkan Tubuh Badan


Assalamualaikum & Selamat Tengahari! 

Kita terbaca nih tadi... dan kita rasa nak share ngan kawan². Rasanya ada yang dah penah bacakan =) sebenarnya kita bukanlah penggemar kopi.. hihihiii bila tengok kopi O panas² macam nih memang buat kita teringat sangat kat arwah bapak kita.. ermmm dulu² kita jugak la yang selalu bancuhkan tuk dia... =) haaa.. kita nih pantang bukak mulut.. memang ada la yang kita nak cerita.. jOm kita sama² menaip sambil membaca.. Semoga ia bermanfaat tuk semua.. InshaAllah.. 

Bismillah... 



Tahukah anda masalah Obesiti atau biasanya kita sebut GEMOK menjadi salah satu masalah kepada penduduk di Malaysia pada hari ini khususnya. Seperti yang kita sedia maklum, Obesiti bukan hanya mengundang penyakit tetapi juga boleh mengakibatkan seseorang itu hilang rasa keyakinan dalam diri. Di pasaran kini banyak terdapat pil² pelansing yang dijual di laman sosial dan juga di papan² iklan. Tetapi semuanya tidak akan mendatangkan kesan yang baik sekiranya kita mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat dan diet yang betul. Percayakah anda bila kita katakan minuman yang kita minum itu dapat membantu untuk melangsingkan badan? Minum je terus jadi kurus.. =) ngeee...

1- Kopi Hitam
Taw tak.. hanya minum secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengahari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Macam mana tu? Betoi... kopi hitam nih berfungsi merangsang kafien yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kita kena kurangkan pengambilan gula bersama kopi Tapi boleh gantikan dengan susu skim. Sedapkan.. =)

2- Air
Wanista pernah menulis artikel berkaitan keberkesanan air dan rutin meminum air suam mampu menurunkan berat badan. Amalan ini bukan sahaja dapat membuang toksin dalam badan tetapi sangat berkesan membantu menurunkan berat badan yang berlebihan. Anda juga boleh menambah rasa dengan meletakkan hirisan buah lemon, limau nipis, timun dan juga tomato kerana tomato memberi khasiat yang banyak dan manfaat yang baik.

3- Jus Sayuran
Ha tak kesah la jus yang dah siap beli dalam tin ka, botol atau pon kita buat sendiri.. asalkan jus taw. Jus bayam adalah jus yang memberi serat dan nutrien dalam badan kita dimana ia bertindak balas menurunkan berat badan dengan cara yang berkesan.

4- Teh Hijau 
Terbukti berkesan membantu melangsingkan badan dan meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan minum teh hijau tidak kira samada sejuk atau pun panas. Teh hitam dan oolong, kedua²nya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.


*credit penpatah.blogspot.com (TQ) =)


Wednesday 12 March 2014

Antara Sebab Mengapa Al-Quran Menyuruh Susukan Bayi Sehingga 2 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hi... apa kabar semua =) ngeee kita malu la... dah berhabuk blog kita nih.. uhuk.. uhukkk.. mana taknya berbulan kita tak hapdet kOt.. atas sebab kesibOkan yang telah melanda membuatkan kita langsung tak sempat nak jengah huhuuhu.. Sorry mOmmy! sure mOmmy marah kan kita nih... Hermmmm banyaknya alasan kan??? :D hahaha Ok lah.. Ok.. Ok.. tak nak merepek lagi... jOm kita mula menulis.. :) kali nih kita nk tulis pasal susu ibu sbb ramai sangat kawan-kawan kita bersalin.. termasuklah kazen kita... jadi, kita dedicate kan buat depa.. sayang semua taw... hihihiiii




Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir dan sebagai zat yang membantu tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang direka cipta dengan teknologi masa kini tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setiap hari ditemui satu demi satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta tentang air susu ibu adalah dengan menyusu bayi selama dua tahun selepas kelahiran sungguh amat bermanfaat. 
(Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition)

Firman Allah bermaksud : 
" Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tua ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurkah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Kulah mu Kembali." 
(Al Quran, 31:14)




Air susu ibu mengandungi zat-zat pemakanan penting iaitu : 


✔ Karbohidrat
Karbohidrat utama adalah laktosa (gula susu) yang sesuai dengan keadaan biologi atau sistem pencernaan bayi. Laktosa berperanan penting sebagai sumber tenaga. Laktosa mudah diurai menjadi glukosa dan galaktosa dengan bantuan enzim laktase yang sudah ada dalam mukosa saluran pencernaan bayi sejak lahir.

Ya, pada pencernaan bayi terdapat enzin yang mencerna laktosa tersebut. Glukosa dan galaktosa berperanan dalam perkembangan sistem saraf dan pertumbuhan otak, mielinisasi dan pematangan otak agar otak tumbuh optimum. Selain itu, zat ini juga membantu penyerapan kalsium dan magnasium di masa pertumbuhan bayi. Bahkan, membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik (lactobacillus bifidus) dan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya.

✔ Protein
Kandungan protein seimbang dengan keperluan bayi. Dalam susu ibu, jenis proteinnya adalah whey yang mempunyai ukuran molekul lebih kecil. Protein jenis whey ini mempunyai sifat mudah dicerna. Komponen asas dari protein adalah asid amino yang berfungsi sebagai pembentuk struktur otak.


Protein berguna untuk pertumbuhan  dan perkembangan sistem kekebalan tubuh dan untuk pertumbujan otak serta menyempurnakan fungsi pencernaan. Protein juga memberi lapisan pada dinding usus bayi baru lahir yang masih telap terhadap protein serta berperanan sebagai perlindungan terhadap pelbagai risiko jangkitan bakteria/virus yang boleh masuk melalui pencernaan. Ya, protein dalam susu ibu dapat membantu menghancurkan bakteria dan melindungi bayi dari jangkitan.


✔ Lemak
Kandungan zat pemakanan terbesar di dalam susu ibu adalah lemak. Lemak merupakan sumber kalori atau tenaga utama yang terdapat dalam susu ibu. Kadar lemak susu ibu berubah² secara automatik sesuai dengan keperluan pemakanan bayi dari hari ke hari. Lemak boleh diolah, dicerna dan diserap baik kerana dalam susu ibu terdapat enzim lipase yang bertugas membantu proses metabolisme lemak.


Ada sekitar 200 jenis asid lemak iaitu 80 peratus asid lemak tidak tepu. Antara lain ialah asid linolenat omega 3, EPA dan DHA serta asid linoleat omega-6 ARA yang berperanan penting dalam perkembangan otak, pertumbuhan sel² otak, myelination rangkaian saraf serta ketajaman penglihatan. Lemak rantai panjang atau long chain poly unsaturated fatty acid (LC-PUFA) merupakan jenis lemak yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak bayi.


✔ Vitamin Dan Mineral
Susu ibu mengandungi vitamin penting yang diperlukan bayi. Zat pemakanan mikro penting yang terdapat di dalamnya adalah vitamin A, vitamin C, vitamin D, zat besi, tiamin, riboflavin, kalsium, fosforus dan fluorin.

(i)-Vitamin 
Misalnya, vitamin D membantu bayi menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang.   Vitamin D yang diperlukan untuk proses pembekuan darah terdapat di dalam susu ibu dengan jumpah yang cukup dan mudah diserap.

(ii)-Zat Besi 
Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, bahagian sel² darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan sangat penting untuk pertumbuhan otak bayi. Zat besi yang terkandung di dalam susu ibu juga adalah bersifat amat mudah diserap.

(iii)-Fluorin 
Membantu membentuk gigi yang kuat dan mencegah gigi berlubang.

Pada mereka yang bergelar ibu di luar sana diharapkan dapatlah menyusukan bayi anda sendiri secara eksklusif sehingga enam bulan dan dihentikan pada usia 2 tahun =) katakan tidak pada susu formula ye.. berikan khasiat yang secukupnya untuk bayi anda. 





* sumber detikislam.