Monday 24 March 2014

5 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki.



Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan paling penting adalah murah. Jimat katanya =) Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan² yang baik untuk kesihatan kaum yang bernama LELAKI. 

1- Tomato @ Sos Tomato
Lelaki yang banyak makan tomato ataupon sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang telah banyak meragut nyawa lelaki. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2-4x dalam seminggu mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

2- Tiram
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari. Zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia boleh mendatangkan risiko. Menurut kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.

3- Brokoli
Hasil kajian di Harvard mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Keberkesanan 2-3x ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki dan mendapari bahawa mereka yang makan 5 hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

4- Peanut Butter
Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita. Akan tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

5- Tembikai
Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini kerana ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

"Mencegah itu lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan rancang menu diet yang betul mampu menjamin kesihatan sepanjang hayat". 

Sumber : http://penpatah.blogspot.com/





No comments:

Post a Comment