Tuesday, 18 March 2014

Minum Banyak Air Untuk Menjaga Buah Pinggang Anda

Assalamualaikum & Selamat Pagi Rabu =) 

Harini kita baca pasal buah pinggang pulak. Ramai orang cakap kita kena minum air putih banyak sekurang²nya 2-3Liter sehari. Xpa.. minum la.. bagus! cuci buang pinggang katanya bila kita asyik ulang alik ke bilik temenung.. kadang tu rasa segan jugak. Asyik muka kita je.. dah macam regular customer kan hihiii jOm la kita sama² baca & faham apakah Tanda² Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegah. Semoga bermanfaat buat semua.. 


Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat walaupon bertahun² tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga yang mengganggap mereka tidak akan berhadapan dengan masalah kesihatan sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko yang sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan yang selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang untuk menjalanai pemeriksaan kesihatan walaupon ia diberikan secara percuma. 

Sikap sebegini juga menyebabkan segelintir antara kita yang tidak dapat menerima hakikat apabila mengetahui bahawa mereka sebenarnya menghidap sesuatu penyakit yang serius kerana tidak ada sebarang gejala ataupon tanda² awal.

Namun, itulah sebenarnya sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya dirasai apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun² sebelum menunjukkan kesan terhadap kesihatan seseorang itu. Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati² dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda² awal seperti : 

☞ Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
☞ Darah keluar bersama² air kencing.
☞ Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
☞ Sakit belakang.
☞ Kerap buang air kecil terutama pada tengah malam.
☞ Bengkak pada pergelangan kaki.
☞ Sembab pada keliling mata yang berlarutan terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap normal dan sering tidak ambil peduli sedangkan ia adalah petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur. Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru melibatkan kegagalan buang pinggang dilaporkan dan kes baru dikalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 25%.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan fungi buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal hingga mencecah RM300k!

Justeru itu, perkara terbaik adalah dengan menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa hanya beberapa minit sahaja.

Selain dua ujian mudah ini, terdapat beberapa kaedah lain boleh digunakan iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak dari menanggung kos perubatan yang tinggi adalah dengan kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Setiap orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi kerana mereka adalah berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah untuk tempoh sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh menjurus kepada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004, mendapati penduduk di Kelantan adalah penghidap kencing manis paling ramai iaitu 78,000 orang dan kebanyakannya berusia 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda  sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat adalah masih belum terlambat untuk mengubahnya. Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang²nya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan :

Pemakanan seimbang ✔
Minum sekurang²nya 2Liter sehari ✔
Berhenti merokok ✔
Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. 
* PALING PENTING elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan ✔
Kekalkan berat badan seimbang ✔
Bersenam setiap hari sekurang²nya 30 minit  ✔

Bila badan sihat senang nak beribadat kan.. =)

*sumber macam2ada (TQ)


4 Minuman Mampu Melangsingkan Tubuh Badan


Assalamualaikum & Selamat Tengahari! 

Kita terbaca nih tadi... dan kita rasa nak share ngan kawan². Rasanya ada yang dah penah bacakan =) sebenarnya kita bukanlah penggemar kopi.. hihihiii bila tengok kopi O panas² macam nih memang buat kita teringat sangat kat arwah bapak kita.. ermmm dulu² kita jugak la yang selalu bancuhkan tuk dia... =) haaa.. kita nih pantang bukak mulut.. memang ada la yang kita nak cerita.. jOm kita sama² menaip sambil membaca.. Semoga ia bermanfaat tuk semua.. InshaAllah.. 

Bismillah... 



Tahukah anda masalah Obesiti atau biasanya kita sebut GEMOK menjadi salah satu masalah kepada penduduk di Malaysia pada hari ini khususnya. Seperti yang kita sedia maklum, Obesiti bukan hanya mengundang penyakit tetapi juga boleh mengakibatkan seseorang itu hilang rasa keyakinan dalam diri. Di pasaran kini banyak terdapat pil² pelansing yang dijual di laman sosial dan juga di papan² iklan. Tetapi semuanya tidak akan mendatangkan kesan yang baik sekiranya kita mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat dan diet yang betul. Percayakah anda bila kita katakan minuman yang kita minum itu dapat membantu untuk melangsingkan badan? Minum je terus jadi kurus.. =) ngeee...

1- Kopi Hitam
Taw tak.. hanya minum secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengahari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Macam mana tu? Betoi... kopi hitam nih berfungsi merangsang kafien yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kita kena kurangkan pengambilan gula bersama kopi Tapi boleh gantikan dengan susu skim. Sedapkan.. =)

2- Air
Wanista pernah menulis artikel berkaitan keberkesanan air dan rutin meminum air suam mampu menurunkan berat badan. Amalan ini bukan sahaja dapat membuang toksin dalam badan tetapi sangat berkesan membantu menurunkan berat badan yang berlebihan. Anda juga boleh menambah rasa dengan meletakkan hirisan buah lemon, limau nipis, timun dan juga tomato kerana tomato memberi khasiat yang banyak dan manfaat yang baik.

3- Jus Sayuran
Ha tak kesah la jus yang dah siap beli dalam tin ka, botol atau pon kita buat sendiri.. asalkan jus taw. Jus bayam adalah jus yang memberi serat dan nutrien dalam badan kita dimana ia bertindak balas menurunkan berat badan dengan cara yang berkesan.

4- Teh Hijau 
Terbukti berkesan membantu melangsingkan badan dan meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan minum teh hijau tidak kira samada sejuk atau pun panas. Teh hitam dan oolong, kedua²nya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.


*credit penpatah.blogspot.com (TQ) =)


Wednesday, 12 March 2014

Antara Sebab Mengapa Al-Quran Menyuruh Susukan Bayi Sehingga 2 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hi... apa kabar semua =) ngeee kita malu la... dah berhabuk blog kita nih.. uhuk.. uhukkk.. mana taknya berbulan kita tak hapdet kOt.. atas sebab kesibOkan yang telah melanda membuatkan kita langsung tak sempat nak jengah huhuuhu.. Sorry mOmmy! sure mOmmy marah kan kita nih... Hermmmm banyaknya alasan kan??? :D hahaha Ok lah.. Ok.. Ok.. tak nak merepek lagi... jOm kita mula menulis.. :) kali nih kita nk tulis pasal susu ibu sbb ramai sangat kawan-kawan kita bersalin.. termasuklah kazen kita... jadi, kita dedicate kan buat depa.. sayang semua taw... hihihiiii




Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir dan sebagai zat yang membantu tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang direka cipta dengan teknologi masa kini tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setiap hari ditemui satu demi satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta tentang air susu ibu adalah dengan menyusu bayi selama dua tahun selepas kelahiran sungguh amat bermanfaat. 
(Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition)

Firman Allah bermaksud : 
" Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tua ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurkah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Kulah mu Kembali." 
(Al Quran, 31:14)




Air susu ibu mengandungi zat-zat pemakanan penting iaitu : 


✔ Karbohidrat
Karbohidrat utama adalah laktosa (gula susu) yang sesuai dengan keadaan biologi atau sistem pencernaan bayi. Laktosa berperanan penting sebagai sumber tenaga. Laktosa mudah diurai menjadi glukosa dan galaktosa dengan bantuan enzim laktase yang sudah ada dalam mukosa saluran pencernaan bayi sejak lahir.

Ya, pada pencernaan bayi terdapat enzin yang mencerna laktosa tersebut. Glukosa dan galaktosa berperanan dalam perkembangan sistem saraf dan pertumbuhan otak, mielinisasi dan pematangan otak agar otak tumbuh optimum. Selain itu, zat ini juga membantu penyerapan kalsium dan magnasium di masa pertumbuhan bayi. Bahkan, membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik (lactobacillus bifidus) dan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya.

✔ Protein
Kandungan protein seimbang dengan keperluan bayi. Dalam susu ibu, jenis proteinnya adalah whey yang mempunyai ukuran molekul lebih kecil. Protein jenis whey ini mempunyai sifat mudah dicerna. Komponen asas dari protein adalah asid amino yang berfungsi sebagai pembentuk struktur otak.


Protein berguna untuk pertumbuhan  dan perkembangan sistem kekebalan tubuh dan untuk pertumbujan otak serta menyempurnakan fungsi pencernaan. Protein juga memberi lapisan pada dinding usus bayi baru lahir yang masih telap terhadap protein serta berperanan sebagai perlindungan terhadap pelbagai risiko jangkitan bakteria/virus yang boleh masuk melalui pencernaan. Ya, protein dalam susu ibu dapat membantu menghancurkan bakteria dan melindungi bayi dari jangkitan.


✔ Lemak
Kandungan zat pemakanan terbesar di dalam susu ibu adalah lemak. Lemak merupakan sumber kalori atau tenaga utama yang terdapat dalam susu ibu. Kadar lemak susu ibu berubah² secara automatik sesuai dengan keperluan pemakanan bayi dari hari ke hari. Lemak boleh diolah, dicerna dan diserap baik kerana dalam susu ibu terdapat enzim lipase yang bertugas membantu proses metabolisme lemak.


Ada sekitar 200 jenis asid lemak iaitu 80 peratus asid lemak tidak tepu. Antara lain ialah asid linolenat omega 3, EPA dan DHA serta asid linoleat omega-6 ARA yang berperanan penting dalam perkembangan otak, pertumbuhan sel² otak, myelination rangkaian saraf serta ketajaman penglihatan. Lemak rantai panjang atau long chain poly unsaturated fatty acid (LC-PUFA) merupakan jenis lemak yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak bayi.


✔ Vitamin Dan Mineral
Susu ibu mengandungi vitamin penting yang diperlukan bayi. Zat pemakanan mikro penting yang terdapat di dalamnya adalah vitamin A, vitamin C, vitamin D, zat besi, tiamin, riboflavin, kalsium, fosforus dan fluorin.

(i)-Vitamin 
Misalnya, vitamin D membantu bayi menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang.   Vitamin D yang diperlukan untuk proses pembekuan darah terdapat di dalam susu ibu dengan jumpah yang cukup dan mudah diserap.

(ii)-Zat Besi 
Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, bahagian sel² darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan sangat penting untuk pertumbuhan otak bayi. Zat besi yang terkandung di dalam susu ibu juga adalah bersifat amat mudah diserap.

(iii)-Fluorin 
Membantu membentuk gigi yang kuat dan mencegah gigi berlubang.

Pada mereka yang bergelar ibu di luar sana diharapkan dapatlah menyusukan bayi anda sendiri secara eksklusif sehingga enam bulan dan dihentikan pada usia 2 tahun =) katakan tidak pada susu formula ye.. berikan khasiat yang secukupnya untuk bayi anda. 





* sumber detikislam.

Monday, 30 December 2013

B-Complex


Perbezaan Shaklee : 

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran adalah bersifat sintetik.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada Vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan Vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air. Sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem percernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil Vitamin B-Complex setiap hari.

Manfaat Utama : 

  • Menukar makanan kepada tenaga 

Bantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

  • Melawan tekanan

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

  • Membantu tumbesaran

Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel² baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

  • Rambut beruban dan gugur

Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

  • Baik untuk mata

Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.

  • Mencegah anemia

Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah², mabuk darat atau laut.

  • Meredakan senggugut

Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, Keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

  • Mencegah perlcche

Dikenali juga sebagai rekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

  • Detoksifikasi

Meredakan alahan.

Bagaimana Memilih B-Complex yang baik?

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk Asid Folik dan Biotin.
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, dan B12 tidak terlalu besar.
  4. Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release).

Mengapa Urin Menjadi Kekuningan?

Ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.


** B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba. Oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan. **


PM untuk harga istimewa dan rahsia kesihatan yang berpanjangan.. 

Hanie | ID (964043)
Email : hanis.cutiez@gmail.com
Tel/SMS/Whatssap : 012-4472710/016-2760938

Saturday, 28 December 2013

Set Berpantang Shaklee




Set Bersalin/Berpantang Shaklee (Asas)

ü  Diambil sejurus selepas bersalin.
ü Normal & Cesarean.
ü Membantu ibu pulih cepat dari luka bersalin dan tambah darah.
ü Memberi tenaga dan fokus.
ü Membantu menenangkan ibu, mengelakkan bentan dan meroyan.
ü Selamat untuk ibu dan bayi menyusu.
ü Membantu menghasilkan susu ibu yang banyak.
ü Bayi tidak kuning, lebih sihat dan tenang.


Kebaikan/Kelebihan

(1) B-Complex dengan Asid Folik
· Dikenali sebagai vitamin anti-stress.
· Membantu mengawal emosi ibu dan memberi rasa tenang & mengurangkan stress.
· Menstabilkan hormon.
· Menguatkan antibodi dan mencegah anemia.
· Menukarkan glukosa kepada tenaga dan mengelakkan ibu dari berasa letih.

(2) Vita-Lea/Multivitamin dengan Zat Besi
·Vita-Lea, Multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.
·Mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera makan, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

**JANGAN**
Vita-Lea tidak boleh diambil dengan minuman bersusu kerana kalsium (dalam susu) akan menghalang penyerapan zat besi. Ostematrix juga tidak boleh diambil bersama-sama dengan Vita-Lea. Jarakkan masa pengambilan. 

(3) Vita-C
· Membantu memulihkan luka jahitan dengan cepat selepas bersalin.
·Meningkatkan sistem imunisasi ibu dan anak.
·Mencantikkan kulit.
·Membaik pulih tisu sel yang rosak dan membantu ibu berpantang cepat pulih dan sihat.
·
(4) Zink Complex
·Suplimen gantian (ikan haruan) membantu merawat luka bersalin supaya cepat sembuh.
·Merawat keguguran rambut selepas bersalin.



Set Menyusu Shaklee

(1) ESP - Energizing Soy Protein
·Non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. 
·Membantu membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun ibu.
·Sebagai Protein yang merangsang selera makan bagi ibu yang dalam pantang. 
·Mencegah migrain, imsonia dan tekanan semasa tempoh berpantang.
·Menggalakkan, mempercepat dan memekatkan susu ibu.
·Mencantikkan kulit ibu dalam tempoh berpantang.
·Sebagai MilkBooster.
·Baik untuk perkembangan dan tumbesaran bayi.


(2) Ostematrix (Kalsium)
·Membekalkan nutrien² harian termasuklah kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang & gigi.
·Membantu melawaskan proses pembuangan dan mencegah sembelit pada ibu² sepanjang tempoh berpantang.

(3) Alfafa
·Kaya dengan serat, protein, asid amino, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
·10 biji alfafa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
·Sebagai MilkBooster.
·Membantu menangani sakit² badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh.
·Menangani masalah sembelit dalam tempoh berpantang.





Hanie | ID (964043)
Email : hanis.cutiez@gmail.com
Tel/SMS/Whatssap : 012-4472710/016-2760938

OmegaGuard


Kelebihan :

Merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3x lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulin di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian mega guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega EPA dan HDA.

Omega Guard Shaklee dihasil menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal. Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).


© 1 biji kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA & DHA.


Manfaat Utama : 

Asid lemak - omega 3 merupakan asid lemak yang penting tidak dapat dihasilkan oleh badan. Oleh itu kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 adalah dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

© Mencegah penyakit saluran darah dan strok. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia sangat efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher dan sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

© Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA.

© Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawalkan sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

© Menentang kanser - kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

© Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)  - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

© Mencegah Insomnia dan membantu keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurangan, tekanan, kebimbangan (anxienty) neurasthenia, Insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizopherenia.

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (paying cards) sebanyak 2x seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Kenapa ikan laut air dalam?

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Sendawa bau hanyir ikan?

Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan. Adalah disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau sewaktu perot kosong

Siapa yang patut mengambil Omega Guard?






(1) Ibu Hamil
©Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
©Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
©Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
©Mengawal kenaikan berat badan yang mendadak

(2) Ibu Menyusu
©Menyalurkan khasiat OMega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak² dan perkembangan otak
©Membantu menurunkan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan semasa dalam tempoh berpantang


(3) Kanak-Kanak (1 tahun ke atas)
     ©Pertumbuhan badan yang sehat & kesihatan otak

     ©Mengelakkan gejala demam, batuk, asthsma & eczema
     ©Memperkuatkan sistem imunisasi badan


(4) Masalah Berat Badan
       ©Membakar lemak dengan lebih cepat & efektif
     ©Omega-3 dapat meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan dan sentiasa berasa kenyang

(5) Lelaki yang Mementingkan Kesihatan
©Memelihara kesihatan prostat
©Memelihara jantung yang sihat & kuat
©Membantu mengekalkan tekanan darah normal
©Mengawal tahap kolestrol yang sihat


(6) Warga Emas
©Melambatkan degradasi tulang rawan
©Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
©Mengurangkan gejala² penyakit sendi
©Bertindak sebagai pelincir
©Membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriut & sakit

        
(6) Sering Mengalami masalah kesihatan
©Batuk berkahak dan selsema berterusan
©Sakit sendi dan kolestrol tinggi 
©Strok & gout


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Setiap orang boleh dapatkan Omega Guard hari ini.. Minyak ikan terbaik, bebas bahan kimia dan semestinya HALAL! Sesuai tuk semua peringkat umo.. PM saya untuk tawaran istimewa! Jangan ragu² dan x perlu tunggu lama².. ;)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Hanie | ID (964043)
Email : hanis.cutiez@gmail.com
Tel/SMS/Whatssap : 012-4472710/016-2760938





Monday, 16 December 2013

Omega Guard dan Kepentingannya.



Assalamualaikum & Hi to EveryOne!!

Bulan nih ada PROMO taw... kalau nak taw bulan nih depa PROMO Omega Guard. Beli 6 dapat 7.. Ha untung kan... Harga kaseh sayang depa bagi..... memang jimat sesangat la... Omega Guard nih banyak khasiat dia... bukan baik tuk otak ja.. tapi sangat baik tuk orang yang nak dan sedang berdiet... sebab boleh burn kan lemak² dan mengawal selera makan. Omega Guard juga penting pada ibu hamil dan ibu menyusu, kanak-kanak (1 tahun ke atas), warga emas, penghidap darah tinggi, diabetes & kolestrol tinggi dan mereka yang sering mementingkan kehidupan sihat.  




Sebab apa OMEGA GUARD  Super Best???

Þ Kanak² (Usia 1-6 ke atas)
Peringkat umur yang sangat kritikal bila mana pertumbuhan otak yang pintar memerlukan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, DHA dan EPA sangat bagus untuk sistem imunisasi kanak², asthma dan eczema.

Þ  Lelaki yang mementingkan kesihatan 
Mengawal dan mengurangkn paras kolestrol & memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis, kesihatan prostat dan membantu mengekalkan tekanan darah normal.

Þ Wanita yang mementingkan kecantikan 

Omega menggalakkan kulit yang cantik (flawless skin), licin dan kemerah-merahan.
Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
Memelihara fungsi² sendi dan tulang dengan effective.

Þ Golongan diet dan mengawal berat badan
Mengawal stress dan obesiti.
Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan membakar lemak dengan lebih cepat.
Merendahkan paras kolestrol kolestrol dan menindaskan pembentukan lemak trans merbahaya dalam menghasilkan minyak ikan yang sihat.

Þ  Ibu hamil/menyusu dan berpantang
Membantu tumbesaran  dan perkembangan otak janin dan perkembangan memori.
Perkembangan otak bayi di dalam kandungan.
Mengurangkan risiko lahir pra-matang dan mengurangkan alahan kepada bayi selepas dilahirkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jimatkan? Satu keluarga boleh nikmati kebaikannya... jadi sehat, otak cerdas.. 
badan pon langsing. 
Jangan malu-malu.. meh la carik saya... hihihiii harga meletop super duper .. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hanie | ID (964043)
Email : hanis.cutiez@gmail.com
Tel/SMS/Whatssap : 012-4472710 / 016-2760938